Ciri-ciri Air kencing

Warna kuning terang air kencing disebabkan oleh pewarna urokrom dan juga keluaran penguraian bilirubin dan urobilin. Ia boleh berbentuk antara jernih ambar gelap, antara faktor lain bergantung kepada jumlah air dalam badan.

Analisa kimia

Struktur Urea

Air kencing mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dengan apa yang masuk kedalam tubuh. Selain air, air kencing mengandungi pelbagai garam bukan organik dan sebatian organik, termasuk protin, hormon, dan pelbagai jenis metabolit metabolites.

Warna luar biasa

Fail:Carta warna air kencing.jpgCarta warna air kencing menunjukkan nilai kepekatan, makna dan penyebab
  • Jernih - menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat[1].
  • Kuning/Kuning bata cair mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah.
  • Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning bata.
  • Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.
  • Memakan ubi bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.
  • Air kencing gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.
  • Air kencing hitam atau bewarna gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.
  • Air kencing kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.
  • Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow / mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B.
  • Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurang air dalam badan (dehidration).

Bau

Air kencing biasanya tanpa bau, bagaimanapun boleh menjadi tengik selepas memakan sesetengah makanan. Memakan asparagus diketahui menghasilkan bau kuat pada manusia. Ini disebabkan badan manusia mengurai asid asparagusic. Sungguhpun bau air kencing adalah sejagat, bau ini tidak disedari sejagat.[2]

Keruh

Air kencing keruh mungkin merupakan simptom jangkitan bakteria, tetapi juga diakibatkan oleh pembentukan kristal garam seperti kalsium fosfat.

pH

pH air kencing hampir neutral (7) tetapi biasanya boleh berbeza antara 4.5 dan 8. Asid yang kuat atau beralkali mungkin merupakan tanda penyakit,[3] dan mungkin juga menyumbang kepada penyakit. Bagi mereka dengan hiperuricosuria, air kencing berasid boleh menyumbang kepada pembentukan batu asid urik dalam buah pinggang, ureter, atau pundi kencing.[4] Urine pH can be monitored by the physician[5] or at home.

Jumlah

Jumlah penghasilan air kencing bergantung kepada pelbagai faktor termasuk keadaan hidrasi air dalam badan, aktiviti, faktor persekitaran, saiz, dan kesihatan. pada manusia dewasa purata pengeluaran adalah sekitar 1 - 2 Liter sehari. Menghasilkan air kencing yang terlalu banyak atau sedikit perlu perhatian perubatan: Polyuria merupakan keadaan penghasilan air kencing secara berlebihan (> 2.5 L/sehari), sebaliknya oliguria di mana < 400 mL dihasilkan sehari, atau anuria dengan penghasilan < 100 mL sehari.

Kepadatan atau graviti khusus

Kepadatan air kencing normal atau nilai graviti khusus antara 1.003-1.035 (g.cm-3) , dan sebarang pesongan mungkin ya atau mungkin tidak berkait dengan sebarang masaalah kencing.

Rujukan

WikiPedia: Air kencing http://cats.about.com/od/cleaningmesses/tp/odorout... http://www.drugs.com/enc/urine-chemistry.html http://content.karger.com/ProdukteDB/produkte.asp http://excretion-osmoregulation.know-heart-disease... http://www.neonjoint.com/passing_a_drug_test/produ... http://dictionary.oed.com/entrance.dtl http://www.punchandus.com/article/1005-pee.html http://www.rnceus.com/ua/uaph.html http://www.courses.fas.harvard.edu/~chaucer/ http://medres.med.ucla.edu/curriculum/lectures/acu...